" aiyah, his happiness will short live lah ..only 2 weeks, bcos he'll lose the case on the 10th & masuk jail...then byelection again lo ! ...hahaha...hehehe !! "
aina, have you seen the 2 pics posted by zorro !? sorry for that !1) 2 bumis performing 'dogs' actions ' in public; 2) the pretty lass with pink tudung pointing at the xxx ! ...sad & sorry to say though i am a nonbumi ! GODBLESS your dad & take care, sweetie !
tahniah kpd dsai kerana masuk parlimen. Tapi kenapa cepat sangat keluar dewan bila rang undang undang dna dibentangkan? waduh...dna kan baik untuk semua rakyat. kalau kes criminal kan senang nak cari pesalah tu...do it for rakyat. dna is important.
Chehhh....u know wat... this guy (anwar) is a good/best actor of the world wat...don't play-play with him lahhh...none of us can be like him or want to be with him, why?? i'm worried about my back lahhh....
aina, i dun see any joy in his face = haggard, downhearted, worried, bimbang,risau,runsing,cemas,khuatir though seated as the 'opposition leader' ! beware of the 10th ! which is corrct for RAKYAT : 'rak-yat' or 'ra-kyat' !?
Pas seronok, DAP bahagia bila Anwar menang. Kenapa?
Oleh Fuad Rahim
KEMENANGAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majoriti 15,524 mengalahkan calon BN, Datuk Ariff Shah Omar Shah dalam pilihan raya kecil 26 Ogos 2008 yang lalu, menyebabkan Pas dan DAP melonjak gembira.
Kedua-dua parti pembangkang ini, Pas dan DAP gembira kerana mereka sudah ‘nampak’ bahawa mereka akan menjadi ‘kerajaan’ dengan Anwar sebagai Perdana Menteri (PM) dan mereka akan menjadi Menteri-Menteri Kabinet, dan mungkin Timbalan Perdana Menteri.
Maklumlah, apabila mereka berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri, kalau berlaku apa-apa kepada Anwar, merekalah yang akan menjadi Perdana Menteri. Jangan terkejut jika Lim Kit Siang atau Karpal Singh akan menjadi Perdana Menteri, kerana Anwar sarat dengan masalah jenayah di tubuhnya – sedang dalam pendakwaan di mahkamah.
Akhbar milik Pas, termasuk laman-laman web mereka, mendodoikan cerita kehebatan Anwar dan sokongan yang diterima Anwar, kononnya kerana ‘kerjasama dan kerja kuat’ yang Pas dan DAP lakukan terhadap kempen-kempen yang dijalankan sepanjang tempoh itu.
Ketua Penrangan Pas, Mahfudz Omar bukan main lantang bercakap, menulis dan berceramah, seolah-olah dialah ‘manusia di sebalik’ kejayaan Anwar. Dia buat-buat lupa, kemenangan besar Anwar mengalahkan BN itu tidak sebesar majoriti Anwar ketika mewakili BN dalam tahun 1990, mengalahkan Mahfudz sendiri yang mewakili Pas, dengan majoriti 16,150.
Di Parlimen, Mahfudz kononnya menyindir BN terpaksa menerima kekalahan walaupun cuba berselindung ‘di sebalik punggung Mohd Saiful Bukhari Azlan’ yang akhirnya kenyataan Mhfudz itu mendapat tentangan anggota-anggota BN.
Ada beberapa pihak mendakwa, Mohafudz tidak mempunyai ‘pelajaran tinggi’ setinggi suaranya ketika menjerit berceramah. Jika dia berada di dalam Umno, banyak pihak mendakwa, Mahfudz mungkin boleh bekerja di pejabat Umno tetapi untuk bertanding di dalam pilihan raya, dikhuatiri dia akan kalah teruk, seperti rekodnya terdahulu, ketika menentang Anwar.
Hari ini, ketika Anwar menang hanya dengan majoriti tidak sebesar majoriti Anwar mengalahkan Mahfudz, kalau boleh Mahfudz mahu memadamkan sejarah ‘hitam ketika Anwar’ mengalahkannya, dengan memperbesar-besarkan kekalahan Arif Shah di tangan Anwar supaya kekalahannya dilupakan. Harakah, menjadi alat Mahfudz itu dan sekaligus memainkan cerita kononnya BN tidak ada tempat di hati pengundi di Permatang Pauh.
Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan bajet 2009, pembangkang kelihatan terkial-kial untuk menyerang kerajaan BN yang memberikan RM47.7 billion diperuntukan untuk untuk pendidikan dan latihan.
Jika Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Anwar Ibrahim-Karpal Singh- Hadi Awang menuding jari kea rah kerajaan BN kerana tidak mementingkan pendidikan untuk anak bangsa, bagaimana mereka mahu menjelaskan peruntukan RM31 bilion yang diberikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk 5.8 juta pelajar tanpa mengira kaum?
Bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di peringkat pengajian tinggi, peruntukan RM14.1 bilion di sediakan untuk Kementerian Pengajian Tinggi, yang tentunya boleh menampung anak-anak orang Pas, PKR dan DAP untuk belajar!
Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu tentunya tidak akan melupakan dia pernah dikalahkan Anwar Ibrahim (ketika mewakili BN) dalam tahun 1986 di kawasan Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 10,479 undi walaupun hari ini, selain Mahfudz, Mohamad Sabu juga dilihat melonjak-lonjak gembira dengan kemenangan Anwar yang kononnya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam waktu terdekat.
Ketika Mohamad Sabu juga sukar mempercayai Anwar akan menjadi PM dalam waktu terdekat, dia terpaksa dengan berat hati mengajak rakyat supaya ‘percaya’ bahawa Anwar akan menjadi PM. Seperti kata Datuk Ibrahim Ali (MP Pasir Mas) bahawa dia tidak yakin Anwar akan jadi PM dalam tempoh terdekat, Mohamad Sabu dan Mahfudz Omar beria-ia sangat nampaknya menyokong hasrat Anwar untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.
Lim Kit Siang yang semakin akur dengan Anwar, kerana anaknya Guan Eng kini adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan menantunya, Betty Chew merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Melaka, terpaksa menutup mulut dari bercakap soal Malaysian Malaysia kerana Presiden Pas, Datu Seri Abdul Hadi Awang masih menekankan bahawa ‘Islam mesti menguasai kerajaan’ jika Pakatan Rakyat memerintah.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan, apakah Kit Siang dan Karpal Singh akan tunduk kepada Hadi atau Hadi yang akan tunduk kepada Karpal-Kit Siang, kerana ‘jambatan’ perhubungan kedua-dua parti ini (DAP-Pas) tergantung kepada Anwar dan Azmin Ali.
Ketika Datuk Seri Dr. Wan Azizah mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang, yang ‘dinaikkan pangkat’ ialah Azmin. Ketika Anwar was-was sama ada kertas percalonannya di terima atau tidak oleh RO dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, 16 September 2008 yang lalu, bekas Setiausaha Politiknya, Dr. Mansor Osman diletakkan sebagai calon Bebas walaupun akhirnya menarik diri, setelah pasti, Anwar layak.
PKR, parti kroni Anwar, di kelilingi anak, isteri, bekas-bekas Setiausahanya (termasuk Azmin) yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan Anwar. Jika Azmin hilang kelayakkan, dipercayai, isteri Azmin Shamsidar Taharin akan diangkat menggantikan tempatnya, kerana isteri Azmin juga antara ‘nama-nama yang popular’ ketika Anwar menghadapi masalah dalam tahun 1998 dahulu.
10 comments:
" aiyah, his happiness will short live lah ..only 2 weeks, bcos he'll lose the case on the 10th & masuk jail...then byelection again
lo ! ...hahaha...hehehe !! "
aina, have you seen the 2 pics posted by zorro !? sorry for that !1) 2 bumis performing 'dogs' actions ' in public; 2) the pretty lass with pink tudung pointing at the xxx ! ...sad & sorry to say though i am a nonbumi ! GODBLESS your dad & take care, sweetie !
26 Sha'ban 1429
Salam
Today... I proudly fly Jalur Gemilang. Last time I did was August 1998.
Ramli AR
Hey Nuraina
see anwar bersumpah athttp://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/Frontpage/20080828103233/Article/index_html
quinn
tahniah kpd dsai kerana masuk parlimen. Tapi kenapa cepat sangat keluar dewan bila rang undang undang dna dibentangkan? waduh...dna kan baik untuk semua rakyat.
kalau kes criminal kan senang nak cari pesalah tu...do it for rakyat. dna is important.
evelyn said
We pray to GOD ALMIGHTY that some day soon, the whole world will know the real Anwar Ibrahim ....
Chehhh....u know wat... this guy (anwar) is a good/best actor of the world wat...don't play-play with him lahhh...none of us can be like him or want to be with him, why?? i'm worried about my back lahhh....
sweetie, so sad we have to meet in such a bolehland ! GODBLESS TO U & DAD TOO !
aina, i dun see any joy in his face
= haggard, downhearted, worried, bimbang,risau,runsing,cemas,khuatir
though seated as the 'opposition leader' ! beware of the 10th !
which is corrct for RAKYAT : 'rak-yat' or 'ra-kyat' !?
http://www.kulitpisang.com

Post a Comment