Kota Baru - Seorang warga tua Yahaya Ibrahim, 78, menafikan menceraikan isterinya disebabkan perbezaan fahaman politik.
Beliau sebaliknya mendakwa, menceraikan Che Hasnah Che Ahmad,
61, seorang guru agama, kerana bekas isteri nya telah sesat akibat tidak mengamalkan
ajaran Islam.
Yahaya bagaimanapun berhasrat untuk rujuk tetapi dengan syarat wanita itu mesti kembali kepada ajaran Islam.
"Cerai bukan sebab politik tapi dia sudah sesat. Ia bukan setakat solat lima waktu tetapi banyak aspek yang menyesatkan.
"Saya cerai sebab dia tidak ikut cara Islam seperti ajaran Nabi
Muhammad SAW, seperti yang dikehendaki oleh Allah," katanya di sini hari
ini.
Ketika diajukan soalan apakah yang dilakukan oleh bekas isterinya itu
yang bercanggah dengan ajaran Islam, Yahaya bagaimanapun enggan
mengulas.
Che Hasnah pula telah menafikan sekeras2nya tuduhan bekas suami beliau.
"Saya seorang guru agama, mengajar al-Quran dan
saya mengerjakan solat. Semua ajaran agama Islam saya lakukan kecuali
satu perkara sahaja iaitu tidak menyertai parti Pas".
Beliau terkejut dan
sedih dengan tuduhan bekas suaminya.
Menurut Che Hasnah, selama 14 tahun mereka hidup bersama, suaminya
tidak pernah langsung menegur amalan agamanya, sebaliknya tuduhan itu
hanya timbul ketika hendak diceraikan.
Katanya, mereka juga tidak pernah bertengkar dalam perkara lain
kecuali bersangkut-paut dengan Pas dan masa itu suaminya cuba mematahkan
apa sahaja hujahnya.
"Tidak pernah bergaduh langsung. Kalau bertengkar pun sebab politik,
itu pun kerana dia suka sangat 'berceramah', jadi saya pun bagilah
pendapat.
"Tetapi dia tidak pernah terima pendapat saya. Dia mahu kita sahaja
terima apa pun diperkatakannya," kata Che Hasnah yang mengajar al-Quran
kepada lebih 100 murid di rumahnya di Kampung Chabang Tiga, Chetok,
Pasir Mas setiap hari.
Sementara itu, ketika diberitahu mengenai hasrat bekas suaminya yang
mahu rujuk jika dia kembali kepada ajaran Islam, Che Hasnah menolak
kerana hatinya sudah tawar.
"Saya tak nak kalau dia rujuk sebab lebih senang tinggal seorang diri
daripada asyik bertengkar pasal parti, kecualilah jika dia tidak lagi
memaksa saya menyokong Pas.
"Tidak payahlah paksa saya. Kalau tidak paksa tidak apa, saya boleh
terima. Tetapi bila paksa memang saya sudah tutup, biarlah saya hidup
sendirian," katanya.
(sumber: Utusan Malaysia)
3 comments:
Orang Melayu memerlukan kepimpinan secular yang tegas seperti Kemal Ataturk untuk orang turki untuk membebaskan diri mereka dari dongeng arab.
Tahukah kita Arab Spring yang kita lihat adalah naluri orang Arab sendiri untuk keluar dari islamik monarki yang membelenggu mereka?
Orang-orang Arab melihat kepada sekularisme Turki dan kebebasan sosial mereka sebagai mercu yang ingin mereka capai. Baca saja statistik pandangan negara arab terhadap turki di The Economist.
Orang Arab muda takut kepada kemurtadan tapi pada masa yang sama mereka dahagakan kebebasan dari ugama yang berasal ribuan tahun. Sistem Raja berugama ini adalah dasar di Eropah di bawah Kristianity, Roman Katolik atau lain-lain jenis kristian seperti di Eropah.
Tujuan nya adalah sebagai metod untuk mendapat loyalti dari orang ramai dengan mengaitkan royalti dengan the Father, the Son and Hantu Suci (Holy Ghost). So dont ask why so and so is King or Queen.
Tetapi tembelang sistem ini telah dipecahkan dengan secularisme dan pemikir eropah mula menyedari ugama kristian itu hanyalah madat untuk orang awam untuk kepenting golongan diraja.
Maka habislah raja2 di eropah di pancung atau digantung. Dengan kesedaran sekularisme, bible di larang di US, maka dunia menjadi aman.
Berbalik kepada PAS, jika kita membiarkan pemikiran irasional seperti PAS menular, ianya merugikan orang Melayu dan membawa banyak kesusahan yang dibawa oleh kebodohan sendiri.
ARab Spring tidak akan berlaku di Malaysia, bukan kerana tidak ada keadilan sosial, tetapi sebab Melayu UMNO telah lama sekular.
lawan p(f)ikiran senget:
I was wondering Is the Arab really wants follow Turkey because of modernism or it is just an utter cry from you who liberal wanna be?
Perhaps you don't understand Arabic because the slogan the Arabs chant during the Spring is not democracy or secularism but Labbaik Ya Allah..
Open your eyes! Dont merely reflect on what you initially want and assume it to others!
Kamal Ataturk adalah yahudi yang jatuhkan khalifah Islam. Org cam gitu pun kau sanjung.
Post a Comment