Thursday, November 15, 2007

The MARCH For Merdeka!


More than 50 years ago, Malayans took that long march for Merdeka.
Yes we did that. We walked, we demonstrated. We -- I mean, our forefathers -- did it for Merdeka.
A lesson in history at Maria Samad's Tok Mommy. Go here.

Yeah, you'd better believe it..

6 comments:

Anonymous said...

They did not have Parliament nor People's Assembly back then. The people has no avenue to voice their grievances. As early as 1946, Malaya was even under BMA (not even a civilian regime).

Now is very different. There are Oppositions in both houses in Parliament and State Assemblies (even in Johor, where it used to be a BN monopoly).

The Police Act which prohibits assemblies in public and open spaces without a Police permit is something provided by the law which was enacted by the Parliament. The rakyat themselves agreed to this (via their reps in the Dewan Rakyat).

The same representatives of the people in the Dewan Rakyat is there on the street demonstrating/marching. Later they are the ones who went forward to present the memorandum. This is a mockery of their position as MPs and/or ADUNs. They are part of the law making process and they defied the law which was enacted by Parliament.

Anonymous said...

Ina,
Mari kita belajar sejarah:-
1. Jebat menentang raja dengan membunuh rakyat yang tak berdosa.
2. Tuah menjunjung raja dengan membunuh rakan-saudara.
3. Dato Bahaman, Mat Kilau...mengangkat senjata menentang penjajah.
4. Tok Janggut juga mengangkat senjata menentang penjajah dan cukai.
5. UMNO menggunakan demonstrasi menentang Malayan Union dan menjunjung sistem beraja.
6. PKMM,API, MCP-AMCJA-PUTERA....mengadakan demonstrasi ala- Hartal untuk melumpuhkan perniagaan (economic boycott) bagi menuntut pengiktirafan Perlembagaan Rakyat.
7. Komunis mengangkat senjata dan menumpahkan darah untuk menuntut kemerdekaan.. membunuh rakyat, polis...menuntut pembebasan untuk menegakkan negara komunis!!
8. Tunku menggunakan "perikatan kaum" dan permuafakatan untuk mendapat Merdeka.
9. Golongan kiri bersekongkol dengan Sukarno mengangkat senjata dan menyokong konfrontasi untuk menentang kerajaan Malaysia.
10.PartiBuruh,DAP...berdemonstrasi tunjuk "kemenangan" Pilihanraya 1969.
11 UMNO dan Melayu "balas" demonstrasi tunjukkan kuasa!
12 Semua berdemonstrasi mengakibatkan Mei 13 69.
13 Anwar Ibrahim dan gang ABIM dan pelajar terajui demontrasi nak turunkan Tunku dan lindungi Mahathir.
14 Anwar Ibrahim ketuai demontrasi nak lindungi diri daripada Mahathir.
15 Anwar Ibrahim, PAS, DAP...demonstrasi gelombang kuning nak "menang" pilihanraya ke 12.

Semua di atas adalah "budaya" kita. Jadi, semuanya boleh kita angkat sebagai maslahah untuk menentang kerajaan?????

Anonymous said...

sikenit,

So just because we have a Parliament and we have the Opposition, we cannot march? lu sekolah mana?

The PM's son-in-law and his band of Umno Youth samsengs have marched and nearly rioted several times. Where were you, sikenit? If the PM's SIL can do it, we can't? why? because he got protection? Oi, saya pun pakai protection la.

The 10Eleven march was more a walk through the city. sure we need a permit but the police did not issue the permit even thought the permit sudah mintak. and you know lah, the police top brass ... they kowtim with PM and those people who afraid of the rakyat marching ..

By the way, before Merdeka, we had a system too. Malaya had no parliament, but we had penghulu, Raja2, dan ketua2 daerah. The people marched against Malayan Union because their leaders' voices were no longer audible.

Same thing is happening now. Sikenit, sikenit ...

Unknown said...

Luckily Malayans in the 50s were not ruled by 21 century Malaysians.

Anonymous said...

Apabila BMA kembali mengambil alih dari Tentera Jepun semenjak September 1945, orang orang Melayu sebagai warga Malaya (takrifan British) tiada mempunyai Dewan Perwakilan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka masih boleh menerima keadaan politik itu kerana ketaat setian kepada banginda Tuanku Raja Raja Melayu, walaupun kedudukan Raja Raja Melayu diperkotak katikan oelh pendudukan Jepun (ada Raja Raja Melayu di'turun'kan dengan begitu mudah zaman ini).

Namun begitu, dalam tempoh enam bulan sahaja, Raja Raja Melayu 'menyerahkan' kuasa mereka bulat bulat dalam cadangan MacMichaels untuk membentuk Malayan Union. Orang orang Melayu bangkit untuk menentang 'pegadaian maruah' ini.

Raja Raja Melayu baru sedar baginda sekelian membuat kesilapan besar, setelah orang orang Melayu bangkit hasil usaha Dato' Onn Jaafar, seorang bangsawan Johor (orang Istana) dan UMNO. Walaupun perjanjian MacMichaels telah ditandatangani, namun begitu ianya tidak berjaya dilaksanakan kerana Raja Raja Melayu ubah fikiran dan ketetapan dan akhirnya Malayan Union terkubur.

Selepas itu, British telah mengajak pihak mewakili Raja Raja Melayu dan UMNO duduk berunding dan Feb 1948, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu lahir.

Setelah perlembagaan ini lahir, orang orang Melayu melalui UMNO tidak lagi menunjuk perasaan, malah mengunakan meja rundingan untuk mencapai apa yang dihajati, walaupun ditengah tengah kancah darurat, dibawah ancaman penganas komunis.

Akhirnya, melalui perundingan dan bicara, UMNO berjaya menunjukan hasil, mengetuai perundingan Kemerdekaan ke White Hall dan kebijaksanaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra mendapat perkenan dan persetujuan seluruh baginda Tuanku Raja Raja Melayu untuk menerima sistem Raja Berpelembagaan ala Westminster dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sepertimana yang digunapakai sehingga hari ini) lahir.

Jangan begitu mudah menyamakan keadaan antara dua zaman ini, dengan analisa simplistik dan membuat 'sweeping statements'. Keadaan dan komponen tindakan rakyat amat berbeza.

Semut Api said...

Pada hemat saya, perhimpuanan tersebut ada satu keinginan.. pilihanraya bersih! Saya rasa kerajaan pon menginginkan pilihanraya bersih kerana setiap kali pilihanraya, ada sahaja tuduhan dan tohmahan bahawa terdapat keadaan yang tidak bersih. Bebannya adalah kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengambil langkah membersihkan Pilihanraya..dan segala desakan dari pembangkang, kerajaan dan masyarakat umum perlulah diberi perhatian ... kerana semuanya inginkan pilihanraya bersih...

Setahu saya, tuduhan mengelat dalam pilihanraya ini melibat semua pihak...

Saya harap kerajaan benarkan permohonan bagi perhimpunan sebegini dan adalah lebih baik menyertai sama... kerana kerajaan pun mempunyai niat yang sama... dan memang la menjadi tanggung jawab kerajaan memastikan segalanya berjalan aman dan pihak polis perlu berkawal.. kalau ada kejadian yang tidak diingini..